KUALA LUMPUR - Universiti awam di negara ini diminta mematuhi ketetapan kerajaan untuk mengehadkan yuran pendaftaran masuk ke universiti awam tidak melebihi RM1,500 bermula Januari 2024.
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sekiranya terdapat pihak universiti yang melanggar arahan berkenaan, kementerian itu akan mengambil tindakan sewajarnya.