KUALA LUMPUR - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 serta diesel masing-masing kekal pada RM3.47, RM2.05 and RM2.15 seliter bagi tempoh 2 hingga 8 November ini.
Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, harga itu berasaskan kepada harga runcit mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).
Iklan
Iklan
"Bagi melindungi pengguna daripada kenaikan harga minyak global, kerajaan akan mengekalkan harga siling RON95 pada RM2.05 seliter dan diesel pada RM2.15 seliter, walaupun harga pasaran kedua-dua produk itu meningkat melebihi harga siling semasa,” katanya.
Menurut kenyataan itu kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terpelihara.- Bernama