KUALA LANGAT - Seorang pemilik kedai tayar didenda RM1,500 atau dipenjara selama sebulan oleh Mahkamah Majistret Telok Datok di sini pada Rabu, kerana ingkar untuk mematuhi notis bangunan tanpa kelulusan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), tujuh bulan lalu.
Wanita berusia 40-an itu dikenakan hukuman berkenaan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibaca di hadapan Majistret, Khairul Fahri Yusob.
Iklan
Iklan
Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa menjalankan kerja-kerja tambahan dan ubah suai bangunan, didapati ingkar notis MPKL, di Jalan Bukit Changgang, Banting di sini, pada jam 11.35 pagi, 26 Mac lalu.
Dia selaku orang kena saman (OKS) hadir dengan diwakili peguam, R Sritheran, dituduh mengikut Seksyen 121 Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.
Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Kanan MPKL, Hasrizal Abd Rahim dan Pegawai Pendakwa MPKL, Ahmad Razali Abdul Manaf.