Vietnam rampas dua tan gading, kulit tenggiling dalam kotak kayu

Iklan
Vietnam merampas lebih dua tan gading dan kulit tenggiling yang disorok dalam kotak kayu dipercayai dihantar dari Nigeria. - Gambar fail AFP

HANOI - Vietnam merampas lebih dua tan gading dan kulit tenggiling yang disorok dalam kotak kayu dilaporkan dari Nigeria, lapor media tempatan hari ini.

Menurut Hai Quan Online, agensi berita rasmi Jabatan Kastam Vietnam, pihak berkuasa bandar Hai Phong city menemui 330 kilogram gading dan 1.7 tan kulit tenggiling selepas memeriksa tiga kontena penghantaran dari Nigeria.

Iklan
Iklan

Gading dan kulit tenggiling mempunyai permintaan tinggi dalam pasaran gelap hidupan liar yang bernilai berbilion dolar.

Vietnam melarang perdagangan gading pada tahun 1992 namun pasaran gelap masih berterusan dan kedai menjualnya untuk tujuan perhiasan dan perubatan.

Iklan

Tenggiling pula merupakan haiwan paling banyak diseludup, lebih satu juta telah ditangkap dari hutan-hutan di Asia dan Afrika dalam sejak sedekad lalu.

Ia sering dijual untuk pasaran di China dan Vietnam di mana kulitnya digunakan untuk perubatan tradisional dan dagingnya dibeli menerusi di pasaran gelap. - AFP

Iklan