Polis siasat kes curi kereta, culik enam pelajar di Ranau

Iklan
Video tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta dihalang kenderaan polis dan juga orang awam, sebelum anggota polis menahan suspek yang berada dalam kereta dicuri.

RANAU - Polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengenai kes melarikan kereta dan pelajar sekolah di sini petang semalam yang tular di media sosial mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan dan Seksyen 365 Kanun Keseksaan kerana menculik.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Simiun Lomudin berkata, siasatan lanjut itu dilakukan antara lain bagi memastikan tindakan daripada sudut perundangan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian ini diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, dalam kejadian itu, pihak polis telah menerima satu laporan pada jam 5.06 petang mengenai seorang lelaki yang membawa lari sebuah kereta di hadapan kedai runcit tepi jalan Kampung Pinousuk, Kundasang di sini.

Iklan

"Polis Ranau juga telah menerima maklumat mengenai video tangkapan pihak polis ke atas suspek yang tular di media sosial,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Iklan

Beberapa video tular di media sosial menunjukkan sebuah kereta dihalang sebuah kenderaan polis dan juga orang awam, sebelum anggota polis itu bertindak menahan suspek yang berada dalam kereta tersebut dan juga kelihatan pelajar sekolah keluar dari kereta suspek. - Bernama