BERITA SEMASA 1 NOVEMBER 2023
Kerajaan buat masa ini belum membuat sebarang keputusan atau pendirian berhubung transaksi e-dagang di platform media sosial TikTok Shop di Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, ini kerana cadangan supaya sekatan terhadap platform itu masih dalam penelitian kedua-dua belah pihak.
Jelasnya, cadangan sekatan terhadap TikTok Shop sedang diteliti dan siri libat urus sedang berjalan.
Iklan
"Insya-ALLAH esok Timbalan Menteri (KKD) akan mengadakan pertemuan dengan penyedia platform itu," ujarnya.
Iklan
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen