SHAH ALAM - Kerajaan disaran memantapkan penggunaan e-perolehan dengan mewajibkan setiap tender awam melalui sistem berkenaan bagi mengelakkan penglibatan pelobi dalam proses perolehan.
Pensyarah Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi (FSPPP), Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Raub, ‘Ainatul Fathiyah Abdul Rahim berkata, langkah tersebut dapat mengekang kontraktor atau vendor tidak berdaftar mengambil kesempatan dengan mengamalkan sistem konvensional yang membuka ruang kepada amalan rasuah.