ADA seorang lelaki tua, hampir nyanyuk dan rakus kuasa.
Namanya Bidin, perangai serupa Zionis. Bila disapa Bidin, dia marah. Padahal itulah namanya.
"Jangan panggil aku Bidin. Panggil aku Uncle Sam,” katanya setiap kali disapa Bidin.
Bidin, hobinya melihat langit di waktu malam, sebab dia suka melihat bintang lagi-lagi yang berbucu enam.
Warna kegemarannya pula ialah biru dan putih.
Tapi, dia pantang jika putih dicampur aduk dengan warna hitam, merah dan hijau. Kombinasi warna-warna ini boleh buat Bidin meroyan.
Sepanjang kenal Bidin, dia memang tak boleh pakai dan ‘perangai tak boleh blah’.
Suka cakap besar, suka campur hal orang lain dan mengaku dialah yang terpaling juara dalam apa juga hal di dalam dunia ini.
Bidin juga suka layan cerita ngeri dan ganas, sebab dia suka darah.
Kata Bidin, kau pondan jika takut darah.
Sepanjang tiga minggu ini, Bidin tak pernah miss satu pun wayang perang atau dalam bahasa budak-budaknya filem tembak-tembak.
Adegan pembunuhan amat ditunggu-tunggunya, malah dia bersorak gembira setiap kali askar membedil orang awam dan menyembelih kanak-kanak.
Kata Bidin, itulah yang sepatutnya berlaku kerana dalam perang orang awam tidak boleh mengelak daripada kematian.
Seram betul dengar jawapan Bidin, langsung tiada empati dan perikemanusiaan.
Bila tak sependapat dengan Bidin, dia marah dan keluarkan macam-macam ugutan.
Kesian tengok perangai Bidin, bodoh sombong dan kaki buli.
Apa boleh buat, kalau hati Bidin sudah hitam, cakap apa pun tak guna.
Tapi itulah perangai kalau ada kuasa besar. Sampai lupa ada lagi yang lebih berkuasa daripadanya.
Hempuk satu kali baru kau ada akal Bidin!