Impak tekanan dari AS hanya minimum - Pakar
Iklan
SHAH ALAM - Amerika Syarikat (AS) boleh mengenakan sekatan atau tekanan secara tidak terus dari segi ekonomi dan perdagangan kepada Malaysia menerusi tata tindak (demarche) yang dikeluarkan.
Pakar perundangan, Profesor Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, bagaimanapun Malaysia tidak perlu bimbang kerana sekiranya tindakan sebegitu dibuat, impak yang dijangka diterima negara cuma pada tahap minimum.