PENGENDALI Arsenal, Mikel Arteta sedia bertanggungjawab selepas kekalahan pasukannya 1-3 kepada West Ham United dalam aksi Piala Liga di Stadium London pada Khamis.
Arteta melakukan enam pertukaran dalam kesebelasan utamanya termasuk menyenaraikan Declan Rice di bangku simpanan semasa kepulangan semula pemain tersebut ke West Ham.
Rice, yang menjulang trofi Liga Persidangan Europa sebagai kapten West Ham musim lalu kembali ke kelab lamanya buat kali pertama sejak berpindah ke Gunners.
Namun, dia tidak akan memenangi Piala Liga musim ini bersama Arsenal selepas jaringan Mohammed Kudus dan Jarrod Bowen selain gol sendiri oleh Ben White menyebabkan pasukan utara London itu tersingkir.
"Saya sangat kecewa. Saya bertanggungjawab untuk perlawanan ini kerana kami keluar dan mahu bermain permainan yang sangat berbeza.
"Permainan berubah kerana gol pertama tetapi kami cuba bangkit.
"Saya kecewa dengan diri saya sendiri. Kami mahu bermain dengan cara yang berbeza dan kami tidak dapat melakukannya.
"Kami perlu menggunakan kesakitan dan kekalahan ini untuk bangkit ketika menentang Newcastle pada Sabtu ini,” katanya.