SHAH ALAM - Guardian Malaysia (Guardian) telah mengumumkan empat pemenang peraduan anjurannya, Face of Healthy Beauty Guardian 2023 selepas berakhirnya pertandingan itu yang berlangsung selama empat bulan di seluruh negara.
Pertandingan akhir peraduan Face of Healthy Beauty yang telah diadakan di Kuala Lumpur, baru-baru ini menyaksikan 20 finalis dari seluruh negara termasuk dua peserta lelaki bersaing untuk menjadi salah seorang daripada empat pemenang akhir.
Empat pemenang tersebut ialah Aqila Afindi, Kay Yap Yen Yin, Nur Izzatul Aqma Ludin dan Candace Cheah Sook Peng.
Pengarah Komersial, Guardian Health and Beauty Sdn Bhd, Anna Hull berkata, pertandingan itu telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan persaingan sengit.
"Kami gembira apabila mendapati bahawa peserta yang mengambil bahagian datang dari seluruh Malaysia.
"Kami berberbangga kerana untuk pertama kalinya kami mempunyai dua peserta lelaki dalam 20 finalis pertandingan akhir.
"Face of Healthy Beauty bukan peraduan kecantikan.
"Ia adalah pencarian individu istimewa yang memiliki kualiti unik yang Guardian percaya, melambangkan maksud sebenar konsep Healthy Beauty,” kata Hull,” kata Anna.
Pencarian The Face of Healthy Beauty adalah usaha untuk mencari empat individu di seluruh negara yang paling sesuai dinobatkan sebagai ‘The Face of Healthy Beauty’, untuk menjadi duta kecantikan sihat Guardian.
Empat pemenang peringkat akhir masing-masing akan menerima kontrak setahun dengan Guardian, penampilan dalam iklan, bahan promosi dan bahan promosi jualan di dalam stor Guardian.
Pemenang juga akan menerima wang tunai RM10,000 dan baucar bernilai RM10,000, produk daripada penganjur yang mengambil bahagian, produk penjagaan mandian Guardian bernilai RM5,000 untuk disumbangkan kepada badan kebajikan pilihan pemenang.
Peraduan yang bermula pada 26 Jun lepas terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.