Kompleks Pasar Payang

Iklan
Projek Pembangunan Semula Kompleks Pasar Payang di sini telah siap sepenuhnya dan hanya menunggu kelulusan Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) daripada Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK).

Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM) Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz berkata sehubungan itu, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan IWK di peringkat Persekutuan agar kelulusan itu dapat disegerakan.

Projek pembangunan semula yang bermula pada 2018 itu menelan keseluruhan kos sebanyak RM75,963,749 dan dijadualkan diserahkan kepada MBKT pada 30 November ini.