GPS yakin peluang cerah di DUN Jepak

Iklan
Alexander Nanta Linggi

ALOR GAJAH - Parti Gabungan Parti Sarawak (GPS) dilihat mempunyai peluang cerah untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak pada Pilihan Raya Kecil (PRK), Sabtu ini.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, beliau yakin dapat mempertahankan kerusi DUN berkenaan dengan keputusan menang besar.

Iklan
Iklan

Menurutnya, calon yang ditampilkan oleh parti itu disifatkan berwibawa dan mampu menarik sokongan pengundi kawasan berkenaan.

Kata beliau, telah berjumpa jentera pada Rabu dan daripada pertemuan itu dapat ditafsirkan kemenangan mungkin berpihak kepada mereka.

Iklan

"Cerah sangat cerah peluang kepada GPS, tapi saya tak mahu letakkan beberapa peratus kemenangan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pensijilan Kompetensi Teknikal Jabatan Kerja Raya (JKR) 2023 di Dewan CREaTE Alor Gajah, di sini, pada Khamis.

Iklan

PRK Jepak diadakan susulan kematian penyandangnya Datuk Talib Zulpilip,72, dari Gabungan Parti Sarawak (GPS) pada 15 September lalu.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021, Allahyarham Talib memenangi kerusi DUN Jepak dengan majoriti undi 4,243.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi untuk PRK DUN tersebut pada 4 November ini, manakala 31 Oktober lalu sebagai tarikh pengundian awal.

PRK DUN itu menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon GPS Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.