Menteri Kesihatan sahkan Najib dimasukkan ke hospital

Iklan
Najib - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa mengesahkan Datuk Seri Najib Razak dimasukkan ke hospital.

Begitupun, beliau tidak boleh berkongsi maklumat berkaitan penyakit dan rawatan yang sedang diberikan kepada bekas Perdana Menteri itu.

Iklan
Iklan

"Saya hanya boleh mengesahkan kemasukan beliau ke hospital tapi rawatan, penyakit dan sebagainya, itu adalah sulit.

"Itu sahaja yang boleh saya maklumkan,” katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang media di bangunan Parlimen pada Khamis.

Astro Awani pada Rabu melaporkan bekas Ahli Parlimen Pekan itu dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti Covid-19.

Iklan

Dalam satu kenyataan, pegawai khasnya, Muhamad Mukhlis Maghribi memaklumkan Najib dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada Selasa selepas beliau mengadu demam.

"Setelah pemeriksaan dilakukan doktor pakar, beliau didapati positif Covid-19," katanya.

Najib dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang menjalani kuarantin serta rawatan lanjut di HKL. - Awani