Bas persiaran bawa 15 pelancong China kemalangan

Iklan
Bas persiaran membawa pelancong warga China terbalik selepas kemalangan dengan lori di Bulatan Lepa Jalan Semporna-Tawau.

SEMPORNA - Sebuah bas persiaran membawa pelancong warga China terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori dan menyebabkan seorang lelaki cedera dalam kejadian di Bulatan Lepa, Jalan Semporna-Tawau di sini pada Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, bas yang membawa seramai 15 pelancong dan dua pemandu terbalik namun kesemuanya dalam keadaan selamat.

Iklan
Iklan
Bas persiaran ini membawa 15 pelancong dalam perjalanan dari Semporna ke Lapangan Terbang Tawau.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna Madzlan Sarman berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.01 tengah hari.

Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi kejadian yang terletak sejauh 25 kilometer dari BBP Semporna.

Iklan

"Difahamkan, bas persiaran yang membawa 15 pelancong dalam perjalanan dari Semporna menuju ke Lapangan Terbang Tawau manakala lori muatan tiga tan yang dinaiki dua lelaki datang dari arah bertentangan.

Tambah Madzlan lagi, seorang lagi rakan mangsa yang berada di dalam lori tersebut tidak mengalami kecederaan.

Iklan
Pasukan bomba berusaha mengeluarkan pemandu lori yang tersepit.

"Bagaimanapun, pemandu bas pelancong mengalami trauma dan dihantar ke hospital oleh orang awam.

"Mangsa yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan," katanya.