QUITO - Hidupan liar unik di Kepulauan Galapagos terselamat selepas kapal membawa 600 gelen bahan api terbalik dan menyebabkan tumpahan kelmarin.
Menurut pengawal pantai, tumpahan minyak berlaku selepas sebuah kontena besar yang sedang dimuatkan ke dalam dek kapal terlepas apabila kren yang mengangkatnya hilang kawalan.
Iklan
Iklan
"Tiada spesies tunggal terjejas akibat tumpahan minyak di San Cristobal. Pasukan veterinar juga berada di sana untuk memeriksa haiwan tersebut," kata Menteri Alam Sekitar, Raul Ledesma.
Kelmarin, pihak berkuasa mengaktifkan protokol kecemasan untuk mengawal kesan alam sekitar akibat tumpahan di tapak Warisan Dunia UNESCO yang merupakan salah satu daripada ekosistem paling mudah terjejas di planet ini.
Insiden itu bagaimanapun diisytiharkan berada dalam kawalan pada hari sama. - AFP
ARTIKEL BERKAITAN:
600-gelen-minyak-tumpah-di-Kepulauan-Galapagos