PM terima kunjungan hormat Penasihat Negara China

Iklan
Anwar pada Khamis menerima kunjungan hormat Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China, Wang Xiaohong yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Malaysia. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis menerima kunjungan hormat Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China, Wang Xiaohong yang sedang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Malaysia.

Xiaohong tiba di Perdana Putra yang menempatkan pejabat Perdana Menteri pada jam 3.10 petang, meluangkan masa selama sejam bersama Anwar untuk saling bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa dan antarabangsa terutamanya berkaitan aspek keselamatan yang memerlukan kerjasama antara kedua-dua negara.

Iklan
Iklan

"Platform ini juga peluang untuk kami mengukuhkan hubungan antara kedua-dua negara dalam mendepani cabaran hal keselamatan Asia dan juga dunia, amnya,” menurut Anwar dalam hantaran terkini di Facebooknya.

Tahun ini adalah ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada 2024.

Iklan

"Justeru, dalam kesempatan pertemuan hari ini juga, saya turut mengutuskan surat jemputan kepada Presiden China Xi Jinping untuk mengunjungi Malaysia tahun hadapan sempena sambutan ulang tahun hubungan diplomatik kedua-dua negara itu.

"Moga lebih banyak peluang kerjasama antara Malaysia-China dapat dipertingkatkan lagi demi manfaat bersama-sama, Insya-Allah,” kata beliau.

Iklan

Pertemuan itu turut disertai Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Wang dan delegasinya yang tiba di sini pada tengah hari tadi juga dijadual mengadakan pertemuan dua hala dengan Saifuddin Nasution serta akan ke Melaka sebagai sebahagian daripada lawatannya ke Malaysia yang bermula Khamis. - Foto Bernama