Duta Besar Mexico letak jawatan selepas 'kantoi' curi buku

Iklan
Rakaman CCTV mendedahkan Valero cuba mencuri sebuah buku biografi bulan lalu. - Foto: Agensi

BUENOS AIRES - Duta Besar Mexico, Ricardo Valero, 77, meletak jawatan atas alasan masalah kesihatan selepas beliau berdepan tuduhan cuba mencuri sebuah buku bernilai AS$10 (RM41.40) di Argentina menerusi rakaman CCTV.

Awal bulan ini, Kementerian Luar Mexico memanggil balik Ricardo Valero susulan pendedahan rakaman kamera keselamatan yang menunjukkan diplomat itu mengambil sesuatu dari rak dan menyembunyikannya di dalam surat khabar dipegang dalam kejadian di sebuah kedai buku di Buenos Aires 26 Oktober lalu.

Iklan
Iklan

Menurut laporan, buku yang dicuri adalah biografi Giacomo Casanova, seorang penulis Itali, perisik dan tentera pada abad ke-18.

"Valero adalah seorang individu yang hebat. Dia kini sedang menjalani rawatan neurologi dan diharapkan agar kesihatannya segera pulih," jelas Menteri Luar, Marcelo Ebrard dalam satu kenyataan di Twitter.

Iklan
Iklan

Pada 10 Disember lalu, Valero sekali lagi dituduh cuba mencuri sehelai baju di sebuah kedai bebas cukai di ibu negara dua hari selepas meletak jawatan. - Agensi