PM beri sumbangan kepada Ibnor Riza, Fauziah Samad

Iklan
Ahmad Farhan Fauzi (kiri) menyerahkan sumbangan kepada Ibnor Riza.

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membantu memberi sumbangan kepada penyanyi popular, Ibnor Riza, dan pelakon, Fauziah Samad yang dilanda musibah kesihatan.

Menurutnya, sumbangan tersebut disampaikan oleh Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi kepada kedua-dua insan seni tanah air itu.

Iklan
Iklan

"Hari ini Ahmad Farhan Fauzi telah mewakili saya untuk menziarahi mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook pada Khamis.

Sebelum ini media melaporkan, Ibnor diramal hanya mempunyai enam bulan untuk hidup selepas disahkan menghidap kanser pada Februari lalu, namun tetap tidak putus semangat meneruskan ikhtiar melawan penyakit tersebut.

Iklan
Ahmad Farhan Fauzi (kiri) menziarahi Fauziah Samad dan menyerahkan bantuan kesihatan.

Difahamkan, penyanyi itu memerlukan kira-kira RM30,000 untuk dua sesi kemoterapi di sebuah hospital swasta, jika ia tidak berjaya, bapa kepada dua cahaya mata itu perlu menjalani tiga lagi rawatan kemoterapi dengan anggaran kos sebanyak RM200,000.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sumbangan tersebut adalah bagi membantu meringankan beban mereka.

Iklan

Ujarnya, Ibnor diuji dengan penyakit kanser limfoma manakala Fauziah menghidap penyakit osteoartritis sehingga terpaksa berkerusi roda.

"Saya mendoakan mereka berdua dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh ALLAH SWT,” jelasnya.