Angelina Jolie kecam Israel sengaja bedil kem pelarian Jabalia

Iklan
Serangan ganas ke atas kem pelarian Palestin terbesar di Genting Gaza meraih simpati bintang Hollywood terkenal itu. - Foto Agensi

RAMALLAH - Aktres Amerika dan bekas Duta Muhibah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Angelina Jolie mengecam kekejaman Israel kerana mengebom penduduk Gaza yang terperangkap di wilayah terkepung itu selepas rejim Zionis terus melancarkan serangan ganas ke atas kem pelarian Jabalia selama dua hari berturut-turut.

Bintang Hollywood berusia 48 tahun itu memuat naik mesej tersebut menerusi akaun Instagram berserta imej penempatan tersebut yang musnah sepenuhnya.

Iklan
Iklan

"Gaza telah menjadi penjara terbuka selama hampir dua dekad dan bakal menjadi kubur besar. Ia adalah serangan yang disengajakan. 40 peratus daripada yang terkorban ialah kanak-kanak dan kebanyakan keluarga dibunuh tanpa perikemanusiaan secara kolektif.

"Dunia hanya memerhati ketika jutaan penduduk Palestin sedang berdepan kekurangan bekalan makanan, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan," ujarnya menerusi catatan tersebut.

Iklan
Iklan

Beliau turut membuat kesimpulan dengan menyatakan pemimpin dunia terlibat dengan jenayah dilakukan Israel dengan mengabaikan tuntutan gencatan senjata dan memveto resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC). - Agensi