Missclyen Roland, dua tahun, dilahirkan dengan wajah dan tubuh berbulu lebat akibat sindrom congenital generalised hypertrichosis (CGH) ketika ditemui di Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu- Miri hari ini.
Missclyen, bersama ibu bapanya menarik perhatian umum apabila dapat mengabadikan pertemuan singkat menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika konvoi Kembara Kenali Borneo singgah di pekarangan Masjid Al-Falah, Kampung Penan Muslim Batu 10, Bintulu-Miri pada 10 September lepas.