Matrade derma RM100,000 kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia

Iklan
Reezal Merican (depan, tiga dari kanan) menyampaikan sumbangan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman (depan, empat dari kanan) pada Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin di Menara Matrade, pada Khamis. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) pada Khamis menyampaikan sumbangan berjumlah RM100,000 kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Cinta Gaza Malaysia.

Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sumbangan itu diperoleh daripada pekerja Matrade, rakan-rakan pengeksport dan juga ahli-ahli lembaga pengarah.

Iklan
Iklan

"Ini bukan akhir, Insya-Allah kita akan teruskan, kerana selagi mana rakyat Palestin memerlukan bantuan dan penderitaan mereka belum dinoktahkan, selagi itu kita akan teruskan agenda untuk membantu...

"Saya bertuah kerana kerana usaha ini mendapat sokongan anggota lembaga pengarah Matrade,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Tabung Kemanusiaan Palestin sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestin khususnya di Gaza.

Iklan

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata, segala usaha ini adalah tanda solidariti kemanusiaan terhadap saudara Islam di bumi Palestin yang menderita.

"Justeru, marilah kita bersatu hati menyokong usaha yang murni ini. Semoga dengan sumbangan ini, kita dapat membantu meringankan beban penduduk Palestin,” katanya.

Iklan

Tabung Kemanusiaan Palestin Matrade dilancarkan pada 20 Oktober 2023 yang diinspirasi dan dizahirkan Ketua Pegawai Eksekutif Matrade, Datuk Mohd Mustafa Abdul Aziz.

Mohd Mustafa berkata, Matrade berharap sumbangan ikhlas itu dapat membantu mengurangkan kesengsaraan yang dialami rakyat Palestin. - Bernama