KPJ Healthcare perkenal VSI Holomedicine® 5G pertama di Malaysia

Iklan
Chin Keat Chyuan (tiga dari kiri) merasmikan usaha perintis KPJ ke alam VSI Holomedicine® berdaya 5G.

KPJ Healthcare Berhad bekerjasama dengan apoQlar untuk meneroka bidang VSI Holomedicine® 5G yang pertama di Malaysia.

Presiden dan Pengarah Urusan KPJ Healthcare, Chin Keat Chyuan berkata, penerokaan teknologi perubatan adalah bagi meletakkan mereka sebaris dengan penyelidikan perubatan dan secara tidak langsung menyumbang kepada industri masa hadapan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, dengan teknologi yang disediakan ia mampu meningkatkan kualiti perancangan pembedahan, pendidikan pesakit dan latihan perubatan.

"Pesakit dan doktor boleh memanfaatkan peranti Microsoft HoloLens 2 dan VSI HoloMedicine® untuk melihat visual dan berinteraksi dengan imbasan imej diagnostik pesakit seperti CT atau pengimejan resonans magnetik (MRI) serta model segmen dalam holografik tiga dimensi (3D) dengan paparan 360 darjah.

Iklan

"Pesakit kini boleh melibatkan diri secara langsung dengan rancangan pembedahan melalui ‘immersive interface’ HoloLens bagi memupuk pemahaman dan penglibatan aktif dalam keputusan penjagaan kesihatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan semasa Persidangan KPJ Healthcare kali ke-24 bertajuk ‘Transformasi penjagaan kesihatan: Mengimaginasi semula dan mentakrif semula’ di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Khamis.

Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Norazman Ayob (tengah) merasmikan Persidangan KPJ Healthcare Kali Ke-24.

Ujar Keat Chyuan, VSI HoloMedicine® diperkenalkan kepada pakar perubatan untuk mendapatkan cerapan tentang struktur anatomi yang kompleks, memperolehi data pesakit kritikal secara ‘overlay’dan bekerjasama dengan pakar di seluruh dunia berkenaan keselesaan persekitaran klinikal.

Iklan

Jelasnya, menerusi teknologi tersebut ia mampu menawarkan pengalaman terapeutik secara peribadi kepada pesakit supaya dapat mengurangkan kesakitan, kebimbangan dan ketidakselesaan mereka.

"KPJ Healthcare berusaha untuk memberikan kemudahan kepada pesakit dan pakar perubatan serta berusaha bagi mencapai kemajuan luar biasa untuk misi pentakrifan semula demi merevolusikan penyampaian penjagaan kesihatan kami.

"Kami telah melengkapkan fasa perintis teknologi Holomedicine® VSI di hospital utama kami, Hospital Pakar Damansara 2, dan kini merancang untuk melancarkan teknologi ini dengan lebih meluas di seluruh cawangan hospital KPJ seluruh negara pada tahun akan datang.

"Perkhidmatan penjagaan kesihatan perlu memupuk mentaliti ‘patient-centric’, yang melangkaui aspek klinikal saat mereka menjejakkan kaki ke hospital sehingga mereka keluar,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif apoQlar, Sirko Pelzl berkata, kerjasama tersebut akan mengembangkan lagi pelaksanaan teknologi dalam fasiliti hospital.

Chin Keat Chyuan (kiri), Prof Datuk Dr Azizi Omar (dua dari kiri), Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim (tiga dari kiri), Datuk Seri Norazman Ayob (empat dari kiri), Datuk Mohd Redza Shah Abdul Wahid bersama rakan usaha sama VSI Holomedicine® yang didayakan 5G.

Menurutnya, perkara itu penting bagi memastikan Malaysia mencapai kecemerlangan dalam bidang kesihatan dan penjagaan pesakit berkualiti tinggi.

"Kami berharap untuk terus bekerjasama dengan KPJ dan rakan kongsi untuk menggunakan 5G, kecerdasan buatan (AI) dan Microsoft Azure dan mengembangkan pelaksanaan VSI HoloMedicine® dalam fasiliti Hospital KPJ,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, transformasi penjagaan kesihatan penting bagi meningkatkan keberkesanan hasil klinikal lebih baik tanpa menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan menggunakan sumber terbaik.

"Ini merupakan pendekatan yang pada asasnya menyasarkan populasi secara keseluruhan, meliputi semua spektrum penjagaan kesihatan sepanjang hayat.

"Saya berbangga dengan KPJ kerana mengambil langkah berani dalam melakarkan perjalanan transformasi mereka sendiri," katanya dalam teks ucapan perasmian yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan) Kementerian Kesihatan (KKM), Datuk Seri Norazman Ayob.