Bahrain panggil semula dutanya ke Israel

Iklan
Bahrain menormalkan hubungan dengan Israel pada 2020 menerusi Perjanjian Abraham yang dimeterai di Rumah Putih. - Agensi

MANAMA - Bahrain pada Khamis telah memanggil semula dutanya ke Tel Aviv sebagai tindak balas kepada pengeboman penduduk Palestin di Genting Gaza.

Menurut kenyataan diterbitkan di laman sesawang dewan Parlimen Bahrain, kerajaan itu juga telah memutuskan untuk menghentikan semua hubungan ekonomi dengan rejim Zionis buat masa ini.

Iklan
Iklan

Kenyataan itu menambah, duta Israel ke Manama juga telah meninggalkan Bahrain.

Bahrain serta Maghribi, Sudan dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menormalkan hubungan dengan Israel pada 2020 dengan menandatangani Perjanjian Abraham.

Iklan

Dalam perkembangan berkaitan, Jordan pada Rabu mengumumkan ia akan segera memanggil pulang duta mereka di Israel sebagai tanda protes terhadap peperangan yang semakin sengit ke atas Genting Gaza.

Kementerian Luar memaklumkan Menteri Luar, Ayman Safadi membuat keputusan itu setelah mengutuk kekejaman rejim Zionis yang membunuh orang awam tidak berdosa hingga mencetuskan bencana kemanusiaan di wilayah tersebut.

Iklan

Kali terakhir Amman mengambil langkah sedemikian adalah pada 2019.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua mencapai perjanjian damai dengan Israel selepas Mesir mencapai kesepakatan sama pada 1979. - AFP