Pemimpin PKR berduka kehilangan Natrah

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Khamis. (Gambar kecil: Fahmi)

SHAH ALAM - Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menzahirkan kedukaan di atas kehilangan bekas Ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail, 73, akibat kanser di Hospital Segamat pada jam 9 malam tadi.

Khabar duka itu turut dikongsi oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil menerusi hantaran di aplikasi X berkata, perkhabaran tersebut cukup menyedihkan kerana kehilangan individu yang dianggap tertib sepanjang menjadi ahli Parlimen.

Iklan
Iklan

"Kami berkhidmat bersama dalam Parlimen ke-14. Beliau seorang yang baik, tertib, dan sentiasa gigih perjuangkan nasib rakyat.

"Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmatNya. Al-fatihah,” katanya pada Khamis.

Iklan

Allahyarhamah yang juga Ahli Majlis Pimpinan Wanita PKR dipilih menjadi Ahli Parlimen Sekijang dari tahun 2018 sehingga 2022.

Sementara itu, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim turut merakamkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarhamah.

Iklan
Foto Adam Adli (kiri) bersama Allahyarhamah Natrah Ismail yang dikongsi menerusi hantaran di aplikasi X.

"Dalam berduka, saya rakamkan takziah buat ahli keluarga dan setiap yang pernah bersama dengan Almarhumah.

"Semoga diberi kekuatan dan ketabahan pada saat ini,” ujarnya.