Harap anak keluar dengan selamat
Iklan
SHAH ALAM - Pembukaan pintu sempadan antara Gaza dan Mesir di Rafah pada Rabu memberi harapan baharu kepada bapa warga Malaysia di Gaza, Nurul Ain Haron agar dapat keluar dari Palestin dengan selamat.
Haron Hamim, 65, berkata, pembukaan pintu itu merupakan satu peluang untuk membawa Nurul Ain, 37, serta menantu, Mohamed Adan Shaat, 33, keluar dari wilayah bergolak berkenaan dengan lebih cepat.