Kerajaan perlu sediakan hutan khas untuk haiwan liar

Iklan
Gajah antara binatang yang berdepan risiko kepupusan jika terus menjadi mangsa pemburuan mahu pun jerat haram. (Gambar hiasan) - Foto Bernama

MERAK Jalanan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan Malaysia yang cakna dengan isu hidupan liar yang semakin terancam.

Merak Jalanan difahamkan sebanyak RM200 juta disediakan untuk Ecological Fiscal Transfer for Biodiversity Conservation (EFT) tahun depan, berbanding RM150 juta tahun ini menerusi Belanjawan 2024 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Iklan
Iklan

Menerusi peruntukan itu, sebanyak RM60 juta disediakan untuk melantik renjer daripada kalangan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Orang Asli dan masyarakat setempat.

Merak Jalanan berpendapat, usaha ini mampu meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan oleh agensi berkaitan terutama Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) serta pasukan sahabat untuk terus tangani jenayah babit hidupan liar.

Iklan

Apa yang kita tahu, Harimau Malaya atau nama saintifiknya panthera tigris jacksoni berdepan risiko kepupusan jika terus menjadi mangsa pemburuan mahu pun jerat haram.

Bukan itu sahaja, tapir dan gajah juga antara yang berdepan risiko yang sama.

Iklan

Selain aktiviti penguatkuasaan oleh pihak berkuasa, mungkin pihak kerajaan boleh pertimbangkan untuk gazetkan satu kawasan dengan keluasan tertentu untuk menempatkan binatang liar ini.

Pandangan Merak Jalanan macam ini, binatang-binatang liar terutama gajah, tapir, rusa dan bermacam lagi ditempatkan dalam satu kawasan hutan yang besar dengan kawalan rapi.

Konsepnya ala-ala dalam filem Jurassic World. Semua binatang ini tidak akan terkeluar dari kawasan itu dan sudah tentu akan terus membiak di kawanannya.

Apa pun, Merak Jalanan yang sering melaporkan isu-isu kepupusan binatang liar tetap berharap tindakan penguatkuasaan menerusi Operasi Bersepadu Khazanah (OBK) dapat terus menjejak petualang yang tamak memburu khazanah negara ini.