Polis Melaka lupus dadah RM1.6 juta

Iklan
Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Melaka melupuskan pelbagai jenis dadah seberat 102kg.

MELAKA - Polis Melaka melupuskan pelbagai jenis dadah seberat hampir 102 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1.6 juta.

Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, dadah yang dilupuskan itu merupakan ekshibit daripada serbuan dan rampasan membabitkan 2,835 kertas siasatan yang dibuka sejak 2004 sehingga tahun lalu.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pelupusan tersebut dibuat bagi dadah yang telah dianalisis oleh jabatan kimia dan selesai perbicaraan serta prosiding mahkamah.

"Dadah yang dilupuskan antaranya heroin seberat 2,930.15 gram, kanabis (15,854.05 gram), methamphetamine (6,466.19 gram), ketamin (1,166.04 gram) dan nimetazepam (253.63 gram).

Iklan

"Barangan lain adalah cecair mitragynine (60,067.80 liter), pepejal mitragynine (13,095.20 gram), codeine (1,052.39 mililiter) dan lain-lain racun (1,002.81 gram)," katanya dalam satu kenyataan pada malam Khamis.

Jelas beliau, semua ekshibit dadah dihantar ke syarikat pelupusan sisa pepejal, Kualiti Alam Sdn Bhd di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

Iklan