Israel dakwa kepung Gaza

Iklan
Konvoi tentera Israel bergerak di sepanjang sempadan antara Israel dan Semenanjung Gaza pada 2 November 2023, di tengah-tengah pertempuran berterusan antara Israel dan pergerakan Hamas Palestin. (Foto oleh JACK GUEZ / AFP)

RAFAH - Israel mendakwa tenteranya mengepung Bandar Gaza yang dikawal pejuang Hamas dan padat dengan penduduk.

Briged Ezzedine Al-Qassam, sayap tentera Hamas memberi amaran bahawa pencerobohan Israel ke Gaza akan menyebabkan mereka membawa pulang beg hitam atau mayat tentera mereka.

Iklan
Iklan

Jurucakapnya, Abu Obeida berkata, Gaza akan menjadi kutukan sejarah buat Israel selama-lamanya.

Amaran Hamas muncul selepas jurucakap tentera Israel, Daniel Hagari berkata, pihaknya telah mengepung Bandar Gaza selepas beberapa hari melakukan serangan darat.

Iklan

"Tentera Israel telah menyelesaikan pengepungan Bandar Gaza, pusat pertubuhan pejuang Hamas.

"Konsep gencatan senjata tidak akan dibincangkan sama sekali," katanya yang memberitahu wartawan.

Iklan

Di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat tentang konflik merebak, tentera Israel dan pejuang Hizbullah di Lubnan berbalas tembakan selepas roket membedil sebuah bandar di utara Israel.

Rumah Putih berkata, Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menyeru agar serangan dapat dihentikan seketika agar bantuan kemanusiaan disampaikan kepada penduduk Gaza.

Sementara itu, ratusan lagi warga asing dan mereka memiliki dua warganegara berjaya melarikan diri dari Gaza ke Mesir, pada Khamis ketika tentera Israel mengebom dan bertempur di darat di wilayah terkepung di mana beribu-ribu orang terkorban.

Sumber di lintasan Rafah memberitahu AFP bahawa sempadan akan dibuka semula pada Jumaat, dengan lebih ramai warga asing dan Palestin yang cedera dijangka memasuki Mesir dari Genting Gaza.

Mesir berkata, pihaknya merancang untuk membantu memindahkan 7,000 warga asing melalui Rafah.

Kementerian kesihatan di Kaherah berkata, 21 rakyat Palestin yang cedera dan 344 warga asing, termasuk 72 kanak-kanak melalui lintasan sempadan Rafah pada hari kedua ia dibuka untuk orang ramai meninggalkan Gaza selepas hampir empat minggu pertempuran. - AFP