Solidariti terhadap rakyat Palestin

Iklan
Kira-kira 100 kakitangan Taman Tamadun Islam (TTI) berhimpun berlatar belakang monumen 'Dome of the Rock' bagi menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin di Taman Monumen.

Rakyat Malaysia terutamanya di Terengganu terus bangkit menyatakan solidariti, selari pendirian negara yang lantang dan konsisten memperjuang nasib rakyat di bumi bergolak Palestin sekali gus mengecam kekejaman rejim Zionis.

Selain itu umat Islam diseru agar mengadakan solat hajat dan bacaan doa qunut nazilah, demi kebebasan rakyat Palestin dan Masjid Al-Aqsa.