Jakim siasat isu letak daging babi di kaunter umum

Iklan
Tangkap layar video tular potongan daging babi yang dirakam di kaunter umum di sebuah pasar raya di negeri utara tanah air.

SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengambil langkah awal bersama pihak berkuasa negeri susulan tular video memaparkan sebuah pasar raya yang tidak mengasingkan kaunter jualan daging babi dengan kaunter umum.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, siasat lanjut turut dijalankan untuk memastikan isu tersebut dapat ditangani dengan baik.

Iklan
Iklan

"Jakim mengambil maklum mengenai isu video tular melalui media sosial berkenaan kaedah pengendalian produk tidak halal di sebuah premis runcit yang dipercayai berlaku di sebuah negeri utara tanah air.

"Jakim memberi perhatian penuh terhadap isu yang menimbulkan keresahan dalam kalangan pengguna Muslim yang mengunjungi premis tersebut," katanya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Iklan

Bagaimanapun secara umumnya, beliau memberitahu, premis peruncitan bukanlah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) dan Jakim tidak pernah mengeluarkan pensijilan halal untuk premis berkonsepkan peruncitan.

Hantaran tersebut sebagai maklum balas awal berhubung isu video tular pengendalian 'pork slice' atau potongan daging babi di sebuah premis runcit.

Iklan

Dalam video tular di TikTok, seorang pengguna mendedahkan tindakan sebuah pasar raya yang gagal menjaga sensitiviti umat Islam apabila tidak mengasingkan kaunter jualan produk tersebut menyebabkan air daripada produk sejuk beku tidak halal itu mencemari kaunter umum.

Sehubungan itu, Mohd Na'im berkata, orang ramai khususnya masyarakat Muslim dinasihatkan terus berwaspada dan pastikan memilih premis atau produk yang disahkan halal dan selamat.

"Sebarang aduan berkenaan penyalahgunaan logo atau sijil halal, kemukakan melalui WhatsApp Halal Malaysia 03-88925000," katanya.