Terima kelahiran bayi pertama selepas klinik dinaik taraf

Iklan
Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram selamat dilahirkan pada Jumaat sekaligus menjadi bayi pertama dilahirkan di Pusat Bersalin Klinik Kesihatan Tekek selepas fasiliti itu selesai dinaik taraf.

KUANTAN - Bayi lelaki seberat 3.2 kilogram menjadi bayi pertama dilahirkan di Pusat Bersalin Klinik Kesihatan Tekek, Pulau Tioman selepas fasiliti itu dinaik taraf Februari tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Indera Dr Nor Azimi Yunus berkata, bayi lelaki yang selamat dilahirkan jam 7.32 pagi pada Jumaat disambut kakitangan bertugas yang terlatih.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keadaan ibu dan bayi stabil dan baik selepas proses bersalin.

"Bayi berkenaan merupakan anak ketiga wanita berusia 35 tahun yang juga penduduk tempatan.

Iklan

"Fasiliti ini telah dinaik taraf dilengkapi peralatan perubatan terkini dengan kos RM29 juta melalui kurniaan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri' ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah," katanya melalui satu kenyataan pada Jumaat.

Dr Nor Azimi berkata, JKNP merafak sembah, menjunjung kasih kepada Seri Paduka Baginda atas perkenan kurniaan kepada klinik kesihatan itu.

Iklan

"Perkhabaran gembira ini telah dimaklumkan kepada Al-Sultan Abdullah dan Seri Paduka Baginda telah berkenan mengurniakan sumbangan kepada keluarga dan bayi itu melalui simpanan Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).

"Jabatan ini sentiasa komited memberikan perkhidmatan terbaik khusus kepada ibu mengandung bagi memastikan ibu-ibu dapat bersalin dengan selamat di Pulau Tioman," ujarnya.