'Kalau orang sokong kita, terima kasihlah' - Hajiji

Iklan
Hajiji ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Parti Gagasan Rakyat di Kota Kinabalu.

KOTA KINABALU - Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor menghormati keputusan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Suhaili Abdul Rahman yang menyatakan sokongan terhadapnya dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin lalu.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, beliau menganggap itu adalah keputusan peribadi ahli Parlimen tersebut.

Iklan
Iklan

"Ini keputusan peribadi yang kita kena hormati, dia sokong Perdana Menteri dan kepimpinan Ketua Menteri Sabah tetapi dia masih dalam Perikatan Nasional.

"Kalau orang sokong kita terima kasihlah," katanya ketika diminta mengulas mengenai tindakan Suhaili yang juga ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menyatakan sokongan terhadap kepimpinan kerajaan baru-baru ini.

Iklan

Beliau yang juga Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) sebelum itu ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Gagasan Rakyat di sini pada Jumaat.

Sementara itu, ditanya mengenai khabar angin Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak turut menyatakan sokongan terhadapnya, Hajiji meminta media mengajukan perkara itu sendiri terhadap beliau.

Iklan

Pada Januari lalu, Salleh antara ADUN Barisan Nasional (BN) yang menarik sokongan terhadap Hajiji sebagai Ketua Menteri selepas dipecat sebagai Pengerusi Qhazanah Sabah Berhad.