NEW DELHI - Seluruh sekolah ditutup di New Delhi ketika jerebu bertoksik menyelubungi bandar raya itu dan menjejaskan rutin harian 30 juta penduduknya.
Pengumuman itu dibuat ketika India turut menjadi tuan rumah Piala Dunia Kriket pada 15 November depan.
Punca utama jerebu berlaku akibat asap a pembakaran tunggul tanaman oleh petani, ekzos kenderaan dan pelepasan asap kilang yang terjadi pada musim sejuk telah menjadikan keadaan bertambah teruk.
Krisis kesihatan awam di India telah berterusan selama beberapa dekad dan penyelidik menyalahkan jerebu itu yang menjadi punca ratusan ribu kematian bayi pramatang di negara tersebut.
Menurut firma pemantau IQAir, paras zarah jerebu 2.5 mikron atau PM 2.5 adalah begitu kecil ia mampu meresap masuk ke dalam tisu paru-paru manusia.
Sebelum ini, ibu negara India itu diisytiharkan salah sebuah bandar raya tercemar di dunia.
Jerebu tebal menyebabkan penduduk mengalami masalah kesihatan sepanjang tahun dan masalah ini kemuncak permulaan musim sejuk semasa sambutan perayaan Deepavali.
Hari itu bertepatan dengan minggu di mana puluhan ribu petani di seluruh India utara membakar ladang mereka bagi membersihkan tunggul tanaman seperti padi yang dituai baru-baru ini.
Kaedah itu menjadi punca utama masalah jerebu di New Delhi sehingga memburukkan lagi kesan pelepasan asap kenderaan dan kilang industri. - AFP