Pegawai bomba tawan puncak Gunung Mera Peak

Iklan
Mohd Fakrul mengibarkan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di puncak Gunung Mera Peak, Nepal yang berketinggian 6,476 meter dari paras laut (mdpl).

SHAH ALAM - Cuaca ekstrim dengan suhu sehingga negatif 27 darjah celsius serta tiupan angin kencang mencecah kelajuan 40 kilometer sejam bukan halangan buat Pegawai Kanan II Bomba, Mohd Fakrul Munir Mohd Isa, 41 menawan puncak Gunung Mera Peak, Nepal yang berketinggian 6,476 meter dari paras laut (mdpl).

Mohd Fakrul berkata, kesukaran yang dilalui menjadi cabaran buatnya sebagai latihan intensif untuk persediaan Program Pendakian Amal Bomba Ke Gunung Everest 2024.

Iklan
Iklan

"Lebih mencabar pendakian kali ini ialah tempoh perjalanan yang agak lama iaitu mencecah tempoh masa 6 hingga 8 jam bagi pendakian setiap hari.

Mohd Fakrul

"Sewaktu melakukan 'summit attack' ke puncak pula mengambil masa selama 36 jam dengan bebanan peralatan yang melebihi berat 10 kilogram serta oksigen yang nipis," katanya menurut hantaran di Facebook rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) pada Jumaat.

Iklan

Mohd Fakrul merupakan salah seorang daripada pasukan Pendaki-Pendaki Professional Malaysia yang menjayakan program 'Malaysia Mera Peak Expedition'.

Mohd Fakrul (tengah) bersama dua lagi pendaki profesional Malaysia berjaya menawan puncak Gunung Mera Peak, Nepal.

Program ekspedisi yang berlangsung selama 15 hari itu, dianjurkan oleh Puncak Ventures Sdn Bhd dan diketuai bekas pendaki Gunung Everest Negara, Zainudin Lot, 46, juga sebagai tanda solidariti pendaki dan rakyat Malaysia kepada rakyat Palestin.

Iklan

Kejayaan bersejarah yang menggambarkan semangat juang tidak berbelah bahagi itu turut dizahirkan melalui kibaran bendera Malaysia dan bendera Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di puncak gunung tersebut.

Program ekspedisi yang berlangsung selama 15 hari itu, dianjurkan oleh Puncak Ventures Sdn Bhd dan diketuai bekas pendaki Gunung Everest Negara.

Mengulas lanjut mengenai persediaan bagi ekspedisi tersebut, Mohd Fakhrul berkata, disamping melaksanakan tugasan sebagai Pasukan Khas Udara Bomba, latihan persediaan persendirian juga telah dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

Katanya, semua kos bagi persediaan bagi ekspedisi itu menggunakan perbelanjaan sendiri yang hampir mencecah jumlah RM20,000.

Cuaca ekstrim dengan suhu sehingga -27 darjah celsius serta tiupan angin kencang mencecah kelajuan 40 kilometer sejam bukan halangan.

Sehubungan dengan itu, beliau melahirkan rasa kesyukuran atas kejayaan tersebut serta merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pelbagai pihak yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung, memberi bantuan serta sokongan termasuklah keluarga, pihak pengurusan tertinggi JBPM juga kenalan.

Beliau dan pasukan dijangka kembali ke Malaysia pada Rabu depan.