Dua ditahan godam papan menu restoran makanan segera

Iklan
Hussein Omar Khan

SHAH ALAM - Padah menggodam papan menu digital sebuah restoran makanan segera di Kuala Langat kepada imej peluru, bom dan tulisan, dua lelaki diberkas dipercayai terlibat dalam kejadian pada Selasa.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan sebelum itu dibuat pengurus restoran makanan segera terbabit berikutan terdapat satu papan menu digital telah digodam.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati papan menu itu yang memaparkan produk makanan restoran makanan segera terbabit telah berubah kepada imej darah, bom, peluru dan tulisan 'sponsors of Israeli Terrorism'.

"Satu kertas siasatan kemudiannya dibuka di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Iklan

Katanya, siasatan lanjut dijalankan kemudian membawa kepada tangkapan dua suspek di sekitar kawasan Petaling Jaya dan Kuala Lumpur pada Jumaat.

"Kedua-dua suspek kini direman empat hari untuk siasatan lanjut," katanya.

Iklan

Menurutnya, orang ramai dinasihatkan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau tindakan yang melanggar peruntukan undang-undang.

"Orang ramai turut diingatkan agar tidak melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan ketidakharmonian dan kegentaran awam.

"Jadilah pengguna media sosial yang bijak dan tidak melanggari undang-undang sedia ada," katanya.