Malaysia, China sedia kongsi kepakaran tangani isu keganasan global - Ahmad Zahid

Iklan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan Wang Xiaohong semasa menerima kunjungan Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China itu di Sri Satria pada Jumaat. - Foto Bernama

PUTRAJAYA - Malaysia dan China bersedia berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam menangani isu keganasan global, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, persetujuan itu dicapai dalam pertemuan lebih sejam beliau bersama Penasihat Negara merangkap Menteri Keselamatan Awam China Wang Xiaohong, yang mengadakan kunjungan hormat kepadanya di Sri Satria di sini pada Jumaat sempena lawatan kerja tiga hari Xiaohong ke Malaysia.

Iklan
Iklan

Ahmad Zahid berkata, dalam pertemuan itu, beliau dan Xiaohong juga bertukar-tukar pandangan mengenai isu semasa dan antarabangsa terutama berkaitan aspek keselamatan yang memerlukan kerjasama antara kedua-dua negara.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, Malaysia menyokong Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) kerana yakin ia membawa manfaat dan limpahan daripada projek di bawah BRI itu.

Iklan

Ahmad Zahid juga berhasrat untuk melakukan lawatan ke China atas jemputan Presiden China Xi Jinping dan Wang pada awal tahun hadapan.

Tahun ini merupakan ulang tahun ke-10 Perkongsian Strategik Komprehensif Malaysia-China dan kedua-dua negara juga akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada 2024. - Bernama.

Iklan