'Abang Bomba' mahir bahasa isyarat

Iklan
Interaksi mesra antara anggota bomba dengan pengunjung karnival keselamatan kebakaran di Ipoh, pada Ahad. Hazman (kiri).

SHAH ALAM - Tular video seorang anggota bomba yang mahir berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat dengan orang ramai dalam satu karnival keselamatan kebakaran di Ipoh, Ahad lalu mengundang reaksi kagum warganet.

Video berdurasi satu minit itu menunjukkan individu bernama Hazman memberikan penjelasan berkaitan tugasan dan skop kerja seorang anggota bomba kepada pengunjung, terutamanya golongan orang kurang upaya (OKU).

Iklan
Iklan

Perkongsian tersebut memaparkan interaksi mesra antara anggota bomba dengan pengunjung program berkenaan yang dilihat tidak kekok, namun santai dan bersahaja.

Sementara itu, komen positif membanjiri ruangan komen yang mana rata-rata pengguna media sosial Tiktok memuji bakat dan kemahiran dimiliki anggota badan beruniform terbabit.

Iklan

Menurut pemilik akaun Januari95, penjawat awam dalam semua jabatan kerja perlu memiliki staf yang berkebolehan seperti bomba agar urusan golongan OKU seperti pekak dan bisu dipermudahkan.

Selain itu, pengguna bernama Muhd Izhar turut mencadangkan supaya bahasa isyarat dapat dijadikan pengantar wajib di sekolah dan bukannya sebagai subjek aliran khas.

Iklan