Jewels serap aura JDT

Iklan
Goal Shooter, An Najwa Azizan (tengah) menjadi sandaran Jewels untuk memburu gol dalam aksi separuh akhir NSL 2023 di Bukit Kiara pada Sabtu. Foto FB NSL

JOHOR Jewels menerap mentaliti juara untuk mengintai gelaran kedua saingan Liga Super Bola Jaring (NSL) 2023 menjelang aksi separuh akhir dan final hujung minggu ini.

Malah pasukan bimbingan Tracey Robinson itu turut menjadikan skuad bola sepak Johor Darul Ta'zim (JDT) sebagai sumber inspirasi untuk mengungguli kejohanan edisi ketiga tersebut.

Iklan
Iklan

Skuad Harimau Selatan berada dalam kelas tersendiri dalam arena bola sepak negara apabila meraih trofi Liga Super buat kali ke-10 berturut-turut pada musim ini.

Penolong jurulatihnya Fazira Mesnan berkata, impian memburu kejuaraan semakin hampir, namun tetap sedar perjuangan mereka belum selesai.

Iklan

Beliau berkata, para pemain perlu melepasi cabaran separuh akhir dan perlawanan akhir terlebih dahulu sebelum boleh bergelar juara.

"Misi untuk memburu juara semakin hampir. Belum masa untuk bergelar juara selagi tidak melepasi separuh akhir dan final.

Iklan

"JDT merupakan sumber inspirasi buat kami,” katanya kepada Sukan Sinar baru-baru ini.

Jewels akan membuat perhitungan dengan Perak Phoenix dalam saingan separuh akhir di Stadium Juara, Bukit Kiara manakala satu lagi aksi melibatkan pertembungan finalis edisi lalu, KL Wildcats menentang pendatang baharu, Putrajaya Dynamites.

Menurut Fazira, skuad Jewels turut mendapat motivasi terbaik menerusi sokongan Che' Puan Besar Khaleeda Bustamam, isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

"Che Puan Besar dan TMJ menjadi tulang belakang Johor Jewels. Mereka memberi sokongan 100 peratus kepada kami!,” katanya.

Justeru bagi mengharungi perlawanan penting tersebut Fazira memberitahu, barisan kejurulatihan dan para pemain membuat persediaan terbaik.

"Sudah pasti kami akan membuat persiapan yang sangat rapi untuk minggu terakhir ini.

"Alhamdulillah tiada kecederaan dalam kalangan pemain dan mereka sudah bersedia daripada segi mental serta fizikal,” katanya.