Politik dendam jadi cabaran kepada Ketua Pemuda Pas
Iklan
KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda Pas, Afnan Hamimi Taib Azamudden mendakwa sikap politik dendam diamalkan kerajaan ketika ini menjadi cabaran besar baginya sebaik mengambil alih tampuk kepimpinan sayap parti itu.
Menurutnya, sikap sedemikian dapat dilihat dengan pemberian dan layanan terpilih sehingga boleh merencatkan usaha pembangkang untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat yang memilih mereka pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu.