Aksi terbaik PSG - Luis Enrique

Iklan
PSG tidak berdepan masalah untuk menundukkan Montpellier.

PARIS Saint-Germain (PSG) menewaskan Montpellier 3-0 untuk berada di kedudukan teratas Ligue 1 dua mata di hadapan pasukan di tangga kedua, Nice.

Skuad bimbingan Luis Enrique itu cemerlang menerusi gol Lee Kang-in, Warren Zaire-Emery dan Vitinha yang masing-masing meledak satu gol.

Iklan
Iklan

"Apa yang saya lihat adalah positif, objektifnya adalah untuk terus dengan persembahan baik dalam setiap perlawanan dan bertambah baik.

"Saya melihat di Parc des Princes petang ini salah satu persembahan PSG yang paling indah (sejak permulaan musim)," kata Luis Enrique.

Iklan

Rembatan kaki kiri Kang-in ke penjuru atas gawang membuka tirai jaringan pada minit ke-10 selepas pemain Korea Selatan itu menyudahkan hantaran Kylian Mbappe.

"Dia sangat disenangi oleh penyokong.

Iklan

Dia masih muda, melakukan usaha dalam serangan dan pertahanan, membuat keputusan yang sangat baik dan berkeinginan untuk bermain,” katanya.

Nice boleh kembali mendahului liga apabila mereka melayan Rennes Ahad dengan Monaco di tempat ketiga melayan Brest pada hari yang sama.