Godam papan menu: Suspek pernah lakukan perbuatan sama sebelum ini - Polis

Iklan
Laporan Sinar Harian.

SHAH ALAM - Dua lelaki yang ditahan Rabu lalu, selepas dipercayai menggodam menu digital sebuah restoran makanan segera di Kuala Langat kepada imej peluru, bom dan tulisan turut dikesan melakukan perbuatan sama di sebuah lagi lokasi sebelum ini.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, siasatan mendapati kedua-dua suspek ini mempunyai hubung kait antara satu sama lain.

Iklan
Iklan

"Dua individu ini ditahan melibatkan dua kejadian berbeza, namun modus operandinya adalah sama.

"Siasatan lanjut berkaitan kes ini masih dijalankan berkaitan kejadian," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Iklan

Pada Rabu, dua lelaki tempatan diberkas selepas dipercayai menggodam papan menu digital sebuah restoran makanan segera di Kuala Langat kepada imej peluru, bom dan tulisan 'Proud Sponsor of Israeli Terrorism' pada papan menu digital di restoran terbabit.

Iklan