Pengurusan Menara Petronas mohon maaf insiden utamakan 'mat salih'

Iklan
Kenyataan maaf oleh pihak pengurusan operasi lawatan Menara Berkembar Petronas pada Sabtu.

SHAH ALAM - Pihak pengurusan operasi lawatan Menara Berkembar Petronas memohon maaf susulan dakwaan seorang lelaki diberi layanan tidak adil oleh kakitangannya ketika menunggu giliran untuk ke Skybridge pada Jumaat.

Menurut syarikat itu, pihaknya memandang serius perkara tersebut dan akan menjalankan siasatan dengan segera.

Iklan
Iklan

"Kami memandang berat perkara ini dan sedang menjalankan siasatan dengan kadar segera, kami akan memastikan ia tidak berulang lagi.

"Segala kesulitan amat kami kesali,” katanya dalam kenyataan di Facebook pada Sabtu.

Iklan

Sebelum ini, seorang peguam, Datuk Shamsuddin Nawawi mendakwa dilayan secara ‘berat sebelah’ oleh pekerja Skybridge yang mengutamakan warga asing ketika menunggu giliran ke kawasan tarikan umum itu.

Beliau yang juga penganalisis politik berkata, kejadian tersebut berlaku apabila seorang pegawai muncul bertanyakan kepada pasangan ‘mat salih’ mengenai jadual tiket, kemudian membenarkan mereka menaiki Skybridge terlebih dahulu.

Iklan

"Dia (pegawai) kenyit mata dan beri isyarat suruh mereka (pasangan mat salih) ke depan supaya boleh naik awal. Mula lah tertanya-tanya apa hal pula mereka boleh naik dulu, saya yang dah tunggu lebih awal tidak pula dilayan begitu.

"Bila ditanya, jawapannya mereka ada kuasa untuk dahulukan sesiapa yang difikirkan perlu, ‘mat salih’ itu baru sampai, badan bertatu segar bugar dan pasangan perempuannya tak nampak cacat pun,” ujarnya menerusi hantaran di Facebook pada Jumaat.

Shamsuddin turut memaklumkan, pegawai terbabit cuba memberikan alasan akan memanggil gilirannya, namun perkara itu sudah dianggap keterlaluan dan beliau memberi amaran mahu melaporkan insiden berkenaan di platform digital.

"Kalau saya nampak ‘mat salih’ ini naik dulu dari saya, anda akan nampak hantaran saya di Facebook, Itu amaran saya.

"Pegawai yang seorang lagi apabila ditanya semasa dia tampalkan pelekat ke baju saya, dia boleh jawab terserah lah kalau nak lapor kepada pihak pengurusan, tetapi jangan di Facebook, profesional lah sikit.

"Bila nampak ‘mat salih’ bukan main lagi, yang patuh ikut giliran ini boleh letak tepi,” jelasnya lagi.