BINTULU - Tiga daripada 14 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak ditutup awal iaitu pada 4 petang.
Menurut Warta Kerajaan Persekutuan bagi notis di bawah Subperaturan 11(5A) Waktu Mengundi bagi PRK DUN Jepak, tiga pusat mengundi itu ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Annau, SK Sungai Setulan dan Tabika Kemas Kuala Segan.