Penjawat awam putih mata, RM206,000 lesap diperdaya 'scammer'

Iklan
Seorang penjawat awam berputih mata selepas kerugian RM206,000 diperdaya 'pegawai polis dan pegawai syarikat kurier'.

BATU PAHAT - Seorang penjawat awam berputih mata selepas kerugian RM206,000 diperdaya 'pegawai polis dan pegawai syarikat kurier' yang mendakwa terdapat bungkusan mengandungi bahan terlarang miliknya bulan lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, mangsa yang merupakan wanita berusia 49 tahun membuat laporan kejadian itu di Bahagian Siasatan Jenayah Komersil Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Mangsa mendakwa pada 5 Oktober lalu telah menerima panggilan telefon daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pegawai dari sebuah syarikat kurier dan menyatakan terdapat bungkusan atas nama mangsa.

"Pegawai berkenaan mendakwa bungkusan itu mengandungi bahan terlarang dan panggilan telah disambungkan kepada polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Beliau berkata, suspek menyatakan bungkusan atas nama mangsa itu mempunyai kaitan dengan kes penggubahan wang haram serta nama wanita berkenaan mempunyai rekod jenayah.

Mangsa ujar beliau, kemudian diarahkan membuat pindahan wang sebanyak RM54,000 ke satu akaun milik individu lain untuk mengelakkan akaun wanita berkenaan dibekukan.

Iklan

Katannya, wanita tersebut kemudian diminta untuk menyediakan wang RM200,000 dalam akaun bank sebagai jaminan untuk tidak dituduh bagi kes penggubahan wang haram.

"Mangsa kemudian menyerahkan maklumaat perbankan kepada suspek untuk tujuan tersebut. Setelah mangsa membuat semakan dengan pihak bank, mangsa mendapati bahawa terdapat pemindahan wang RM152,000 secara berperingkat tanpa mangsa sedari," katanya.

Menurut Ismail, mangsa kemudian menyedari ditipu sebelum membuat laporan polis, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

"Polis menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati apabila menerima panggilan daripada nombor yang tidak dikenali dan membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan jika mempunyai keraguan," tambahnya.