Sekolah berasrama penuh didakwa 'tutup' kes buli

Iklan
Hantaran Yong Zanariah di platform X.

SHAH ALAM - Seorang pengguna platform X kesal dengan pengurusan sebuah sekolah berasrama penuh di Perak kerana didakwa tidak mengambil tindakan sewajarnya kepada pelajar yang terlibat dalam kes buli.

Menurut pemilik akaun @Yong Zanariah, mangsa merupakan pelajar Tingkatan Empat dan adik kepada rakannya dibuli sekumpulan pelajar senior pada 24 September lalu.

Iklan
Iklan

Katanya, paling dikesalkan pihak sekolah tidak mengenakan tindakan disiplin sepatutnya kepada kumpulan pelajar yang membuli itu, sedangkan mangsa mengalami kecederaan hingga dirawat di hospital.

Pendedahan yang dibuat @Yong Zanariah turut mendapat sokongan pengguna platform berkenaan dan meminta pengurusan sekolah bersikap lebih adil.

Iklan

Menurut pengguna akaun @Fatimah Z, buli yang menyebabkan kecederaan merupakan perbuatan jenayah.

"Penjarakan aje pembuli-pembuli, kalau tidak selamanya ingat dia kebal dan boleh buat ikut kehendak hati," katanya.

Iklan

Beberapa pengguna akaun lain turut mendedahkan kes buli melibatkan pelajar sekolah terkenal berkenaan telah lama berlaku.

Sementara itu, Polis Perak sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian buli membabitkan pelajar lelaki di sebuah sekolah berasrama penuh di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, laporan kejadian itu diterima pada 24 September lalu melibatkan tiga mangsa.