PELAKON, Zahirah Macwilcon memberitahu akhirnya dia berjaya keluar dari zon drama apabila mendapat tawaran berlakon filem.
Menurut anak kepada pelakon terkenal Zainol Macwilson, dia bakal muncul menerusi filem aksi komedi arahan pengarah Ghaz Abu Bakar tahun hadapan.
Iklan
Iklan
Pelakon berusia 23 tahun itu berharap agar lakonannya itu nanti diterima baik oleh penonton.
[ARTIKEL BERKAITAN: Saya tahu ia akan jadi pertikaian: Zahirah]
"Hari pertama, babak pertama, filem aksi pertama. Terima kasih kerana percayakan saya untuk memainkan peranan watak yang saya impikan. Perkenalkan, Bulan.
Iklan
Menariknya di ruang komen, selain dibanjiri dengan ucapan tahniah ada juga warganet turut menyamakannya seperti pelakon antarabangsa, iaitu Angelina Jolie menerusi filem Lara Croft: Tomb Raider.
Iklan