Keputusan terburu-buru hanya 'memangsakan' rakyat
Iklan
SHAH ALAM - Keputusan pembangkang untuk menghentikan sebarang rundingan dengan kerajaan bagi mendapatkan peruntukan dilihat terburu-buru dan hanya akan ‘memangsakan’ pengundi di kawasan mereka.
Felo Kanan Majlis Profesor Negara, Datuk Dr Jeniri Amir berkata, Perikatan Nasional (PN) seharusnya menggunakan pendekatan musyawarah dan bersedia membuka hati dalam perundingan itu kerana kerajaan berhak membuat garis panduan tertentu untuk diikuti.