TEL AVIV - Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant nama pemimpin tertinggi pasukan pejuang Hamas yang menjadi sasaran Angkatan Pertahanan Israel (IDF) dan berikrar akan 'menjejaki serta menyingkirkan' mereka.
Nama Ketua Hamas di Gaza, Yahya Sinwar disenaraikan sebagai orang yang paling dikehendaki oleh IDF.
Iklan
Iklan
"Pesanan saya kepada penduduk Gaza - sekiranya kamu menjejaki beliau (Yahya Sinwar) sebelum kami, ia hanya akan memendekkan perang,” kata Menteri Pertahanan itu.
Seorang lagi pemimpin Hamas yang mengetuai sayap bersenjata, Mohammed Deif juga antara sasaran utama IDF.
Sumber BBC menyebut, Sinwar dan Deif kini berada di sebuah lokasi yang juga di sekitar sebuah terowong di Gaza. - Agensi/ Awani