PASIR GUDANG - Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim membantah rancangan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) untuk menaikkan cukai pintu sehingga kira-kira 40 peratus bermula tahun depan.
Beliau menegaskan, tindakan itu akan membuatkan rakyat di daerah ini bertambah marah malah semakin terbeban selepas MBPG memutuskan untuk menguatkuasakan tindakan saman kenderaan diparkir di luar pagar rumah juga pada tahun depan.
"Kenaikan ini tidak wajar dan terlalu tinggi dalam keadaan kos sara hidup yang tinggi dan harga ayam diapungkan dengan subsidi turut
disasarkan. Tidak sesuai apatah lagi gaji dan elaun rakyat di daerah ini tidak naik.
Surat berkenaan kenaikan cukai pintu tersebut sudah dihantar kepada semua penduduk yang berada di bawah pentadbiran MBPG bermula bulan lalu.
Bulan lalu MBPG memutuskan larangan meletak kenderaan di hadapan rumah bermula 1 Januari 2024 dan tindakan tersebut tertakluk berdasarkan aduan penduduk dan kenderaan yang menghalang laluan sahaja.
Terdahulu beliau menyempurnakan program Helping Hands, Helping Heart 2.0 Universiti Teknologi Mara (UiTM) Pasir Gudang dan penyerahan 40 bakul makanan Parlimen Pasir Gudang di Kampung Orang Asli Teluk Jawa di sini.
Hassan berkata, Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd Rahman dan semua ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) itu diminta supaya tidak membuat keputusan sesuka hati tanpa mengambil kira keadaan semasa.
Katanya, sebarang keputusan yang akan dibuat itu akan memberi kesan buruk terhadap Kerajaan Perpaduan malah beliau sendiri akan turut dipersalahkan oleh rakyat kerana tidak bertimbang rasa dalam isu berkenaan.
"Kenaikan cukai pintu dan cukai taksiran ini perlu dibincang terlebih dahulu. Kita tiada bantahan, nak naik, naik la tapi perlu beransur-ansur dan perlahan-lahan bukan mendadak sampai 30 atau 40 peratus.
"Keputusan ini akan membuatkan ratusan ribu penduduk Pasir Gudang terjejas. Saya cabar Datuk Bandar adakan 'town hall' dan berdebat dengan saya yang mewakili rakyat Pasir Gudang bila-bila masa mengenai kewajaran isu cukai ini," katanya.
Sementara itu, Ketua Kampung Kuala Masai, Mohamad Alhad Ngadimon, 54, berkata, penduduk kampung tersebut akan membuat bantahan tidak lama lagi dalam menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap isu berkenaan.
"Kenaikan kadar cukai pintu boleh tapi janganlah terlalu banyak sampai ada yang kena sehingga 40 peratus. Dianggarkan cukai yang dikenakan nanti sehingga lebih RM500. Kami harap dapatlah ditaungguh dulu atau dipertimbangkan semula.
"Alasan MBPG kerana cukai pintu tidak naik sejak 2014. Kalau naik tinggi tetapi penduduk tak mampu bayar pum akan jadi masalah yang panjang nanti. Isu kemiskinan bandar semakin sukar ditangani nanti," ujarnya.